Wednesday, 20 June 2012

Gadis Jerman Diperlakukan Seperti Babi Di Bosnia

Dulu

Sekarang




Polis Bosnia melaporkan telah berjaya menyelamatkan seorang wanita Jerman yang baru berusia 19 tahun yang telah dicari semenjak 8 tahun lepas. Gadis tersebut dipercayai didera dan digunakan untuk bekerja di tempat penternakkan binatang tersebut. Gadis tersebut terpaksa makan makanan babi untuk kelangsungan hidup.


Pendera, Milenko dan Slavojka Marinkovic telah ditangkap di kampung Karavlasi selepas seorang jiran memaklumkan kepada polis bahawa pasangan tersebut telah meyalahgunakan gadis yang tidak dikenali tersebut.



"Mereka memastikan dia dikunci, tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain, tidak pergi ke sekolah," kata jurucakap polis, Admir Arnautovic kepada pemberita. "Mereka disabit kepada layanan tidak berperikemanusiaan dan penyeksaan."


Polis mengeluarkan beberapa butiran selepas penangkapan 17 Mei, tetapi AFP bercakap dengan jiran, yang berkata dia melihat gadis tersebut memakan labu dan bijirin jagung - makanan yang sama seperti seekor babi yang diternak.


Dalam masa yang lain, jiran berkata beliau menyaksikan pasangan itu memaksa gadis itu untuk menarik mereka di atas troli kuda.


"Mereka meletakkan dia di tempat kuda dan ketawa," "Sead Makalic kepada AFP.


Makalic dilaporkan telah cuba untuk memberi amaran kepada polis sebelum, tetapi berkata pasangan itu menyembunyikan gadis itu dengan baik.


Mangsa tersebut ditemui di hutan dalam keadaan yang lemah fizikal dan psikologi, lapor Herald Sun. Terdapat dakwaan bahawa dia didera secara seksual.


Mangsa telah dibawa ke rumah yang selamat dan diberi rawatan perubatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...